English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Apa Itu Thermoplastic Splint | Occupational Therapy

Splint ni secara generalnya dapat didefinisikan sebagai satu benda yang digunakan untuk menyokong sama ada sendi, otot, ataupun keseluruhan anggota untuk tujuan tertentu.




Ada banyak material untuk buat splint... Kami di unit  Pemulihan Carakerja menggunakan Thermoplastic untuk membuat splint. Iaitu sejenis material plastik yang mudah lembut pada suhu rendah (average 70 °C) dan dapat kembali keras(solid) pada suhu bilik. Kira boleh lembut dan keras balik la.
1st skali kna potong la splint ni ikot saiz yang di mahukan.

Suspen - Ni alat yg digunakan untuk melembutkan thermoplastic. Mcm water heater la.

Thermoplastic akan direndam dlm takungan air Suspen...

Dalam 2 3 minit thermoplastic pun jd lutsinar... time ni kira da lembut la...

Ni rupa thermoplastic bila dh lembut

Then boleh la di letak pada patient untuk mendapatkan bentuk splint yg di mahukan

Dalam 5 minit thermoplastic akan slow2 berubah kembali menjadi keras

So harap dapat la gmbaran apa tu thermoplastic splint. InsyaAllah jika ada kesempatan mungkin ada post mcm mn nk buat splint...mungkin berguna untuk rujukkan sesama therapist.sekian...

No comments: