Pemulihan Carakerja...???
bukan Tatacara Kerja...??
bukan Pemulihan Kerja...??
tetapi Unit Pemulihan Carakerja (Occupational Therapy)
Apa itu Pemulihan Carakerja atau dekat hospital terkenal dengan jolokkan OT / OCCT. Sebenarnya memang menjadi lumrah seorang OT untuk menjawab soalan ni lebih dari seribu kali sebaik sahaja terjebak. Sebenarnya aku sendiri tak pernah dengar benda ni sebelum masuk blajar dlu. Even time orientasi pun kalau kena tanya tak boleh nak jawab. Habes sangat, buat ayat explaination panjang-panjang janji ada perkatan ADL (Activity Daily Living) disebut dua tiga kali.
Sebenarnya apa benda Occupational Therapy ni?
Pertama skali pasal OT ni, mestilah berkaitan ADL atau aktiviti harian. OT berperanan mengembalikan kebolehan/tahap kefungsian seseorang untuk melaksanakan ADL pada keadaan asal (sebelum kecederaan) atau pada tahap optimum yang mampu dicapai.Secara ringkasnya, jika seseorang mengalami/menghidapi sesuatu yang menyebabkan kefungsian dan kebolehanya terganggu, OT akan membantu individu tersebut untuk mengembalikan kebolehan dan kefungsiannya.
Bagaimana OT bantu ?
Inilah kerja kami sebagai OT...
Adaptive Tools
Feeding Tools Adaptation |
Feeding Tools Adaptation |
Writing Tolls Adaptation |
Typing Tools Adaptation |
Dressing Tools Adaptation |
Splinting
Splinting ni senang nak bagi faham... lebih kurang macam P.O.P a.k.a Simen la jugak... material berbeza, cara buat berbeza dan cara penjagaan pun berbeza.
Banyak fungsi splinting ni...More about thermoplastic splint.
Static Splint |
Dynamic Splint |
Compression Therapy
Merupakan salah satu cabang OT yang aku minat. Kira OT akan sediakan (jahit sendiri okay...) atau prescribe saiz pressure garment untuk kes-kes yang memerlukan. Contohnya kes luka terbakar.
Mental Health
Untuk pengetahuan semua, pesakit-pesakit mental juga mempunyai hak untuk hidup secara berdikari diatas planet ini. Kami sebagai OT membuka pintu kepada mereka dan anda sebagai masyarakat memainkan peranan sebagai penyambut tetamu.
Pemulihan Fizikal
Selain itu OT juga terlibat dalam program - program pemulihan fizikal.
This area involving joint Range Of Motion, Strength, Endurance restored and also other functional skills training/retraining |
dan banyak lagi la....
Dengan harapan, penulisan ini dapat la memperkenalkan lagi apa itu Occupational Therapy atau Pemulihan Carakerja. Nak terbitkan drama tak mampu... ini ja yang termampu...sekian.
3 comments:
ada kerja kosong tak? saya perlukan pekerjaan sekarang.. saya ada diploma in mekanikal.. degree mekanikal (communication)
Maaf lambat reply...
Pasal kj kosong tu...sy di sektor kerajaan...
Hospital amik staf melalui spa
Adakah jaminan kerja selepas study diploma pengurusan cara kerja?
Post a Comment